Skip to content

Santai di Eqotouria, Hulu Langat

December 19, 2012

Image

Hari ni isteri aku ada kelas menjahit jubah, jadi aku kena jaga anak-anak., itu dah memang janjinya.  Kemudian aku dapat tugasan saat akhir untuk hadir di program sebuah organisasi di Hulu Langat, jadi aku ambil keputusan untuk bawa anak-anak ke sini. 

Aku pesan pada Ahmad, sekiranya hujan turun… kena naik keatas, kalau air bertukar keroh juga kena naik keatas dan sekiranya dah takde orang pun kena naik keatas… dan aku terus ke dewan ceramah bersama dengan peserta-peserta program…

Bermalam di Melaka

December 19, 2012

Image

Cuti sekolah ditandai dengan program berkualiti bersama keluarga.. Alhamdulillah saya dapat meluangkan masa bersama anak-anak diawal cuti ini. 

Jalan-jalan ke Menara Chondong, Teluk Intan

September 1, 2012

Image

Idokle pernah teman melihatnya sebelum nie.. suke benor anok-anok dan isteri teman melihatnya.. Idokle chondong sangat mana pun…

Selamat Hari Jadi untuk Rosemah dan Qaisarah

January 17, 2012

Selamat Hari Jadi… semoga umur yang masih diberikan ALlah ini dipenuhi dengan keberkatan dan sentiasa didalam rahmat dan lindunganNya.

Tahun lepas kita semua berjauhan, tapi tahun nie Alhamdulillah, kita kembali semua berkumpul. Alor Setar tetap tersemat dihati.

Shahrul Peshawar

Di Pantai Sepat, Kuantan

December 25, 2011

Bersantai bersama anak-anak di Pantai Sepat, sehari dua nie air laut tak begitu baik.. coklat semacam, tak bagus untuk mandi dan sangat bahaya untuk budak-budak.

Ahmad Berkhatan & Pantun Berkhatan…

December 12, 2011

Tanak nasi di pohon jejawi
Tiup kuat api leluasa
Adat lelaki masuk berjawi
Kuatkan tekad jadi dewasa

Tiup kuat api leluasa
Baru nasi sempurna ditanak
Kuatkan tekad jadi dewasa
Barulah beda dengan kanak-kanak

Baru nasi sempurna ditanak
Makan dengan petai sepapan
Bedanya dewasa dengan kanak-kanak
Dapat bersolat duduk saf depan

Makan dengan petai sepapan
Ikan bakar cili sebalang
Dapat bersolat duduk saf depan
Pemula langkah jadi cemerlang

Ikan bakar cili sebalang
Sebat semua penat ketara
Pemula langkah jadi cemerlang
Hebat dunia, akhirat sejahtera

Selamat Melangkah ke alam dewasa, tapi ingat belum baligh lagi…

Abi dan Umi

Ulang Tahun ke 8

January 19, 2011

19hb Januari

Inilah tarikh perkahwinan kami.  Dah lapan tahun kami melayari kehidupan bersama.  Susah dan senang kami harungi bersama.

Tahun ni kami tak celebrate besday Rosemah dan Qaisarah bersama, termasuklah anniversary ni yang terpaksa ditunda tarikhnya… anyway, terima kasih kerana menjadi isteri saya selama 8 tahun, abang sangat menghargainya.

Shahrul Peshawar, Sentul

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.