Pengembaraan Bermula: Nasir Ayu & The Geng
Lepas Mak, Abah, Meen dan Naem balik, rumah rasa sunyi sangat. Anak-anak semua diam, tak bercakap. Sedih dan hiba. Terutamanya Ahmad, demamnya datang semula. Mashitah & Qaisarah hilangkan perasaan tersebut dengan menonton kartun.
Tiba-tiba telefon berlagu – tengok nombor yang keluar – macam pernah save, tapi nombor siapa ye? (Telefon lama dulu hilang – jadi ada puluhan nombor yang hilang bersama). Aku pun jawab… hmmmm Nasir TV3 dan Ayu Togey Goreng rupanya. Mereka berlima nak singgah.
Mereka dalam perjalanan ke Alor Setar – sekarang ada di Yan, selepas berputar-putar mencari jalan keluar dari rumah Chegu Azmi (TERAS). Dipendekkan cerita yang panjang, sampailah juga mereka ke rumah kami. Kami ajaklah jugak kalau-kalau nak bermalam di pondok usang kami (manalah tahu kot-kot Bersamamu boleh taja satu dua hamper ke) tapi mereka berdegil nak ke Padang Besar jugak malam tu… so terpaksalah jugak kami lepaskan mereka.
Pandan boleh ditemui bukan sahaja di Kampung Pandan
Nasir baru nak cari Road Tax
terima kasih sudi singgah di teratak kami