Mak, Abah, Meen dan Naem balik ke KL
Malam semalam, Abah, Naem dan aku sempat berbekam dengan Firdaus, pakar bekam HPA yang masih muda. Abah dan Naem banyak darah tapi bila sampai kat aku, darah tak keluar. Buang masa Firdaus je. Lepas Isya’, kami sempat ke Shahab Perdana untuk ikut serta Kuliah Mingguan Perubatan Jawi – kali ni Tn. Hj. Ismail sendiri yang kendalikan, jadi maklumat dapat “first hand”. Mak dan Meen pun belilah barang-barang yang kehabisan stok di KL.
Subuh tadi kami bersolat di Masjid Derga, semalam pun kami solat Subuh disana – ada kuliah subuh – disampaikan oleh Ust. Ibrahim. Solat Jumaat semalam kami ke Masjid Bukhari, sempat juga melawat Taman Herba Masjid Bukhari.
Selepas solat, sempat minum Radix dengan abah di gerai kat stadium Alor Setar. Kami bawak balik pulut panggang panas lagi. Mak dan Abah kena balik awal, perjalanan jauh. Naem dan Meen nak kerja, jadi terpaksalah bergegas awal. Saat perpisahan tu memang sedih. Ahmad, Mashitah dan Qaisarah semuannya senyap dan sedih.
Menariknya sesuatu pertemuan itu ialah pada perpisahannya… hmmm betul ke?