Skip to content

QURBAN kepada yang memerlukan – 1429

December 13, 2008

Hari Raya Qurban menjelang lagi. semenjak lima tahun lalu saya menyambut Qurban di Malaysia sahaja.  Tahun ini ianya disambut di Kuala Lumpur sama seperti tahun lepas.

 

slide8

 

Keluarga saya, terutamanya ayahanda dan abang Long saya akan sibuk menjadi tukang sembelih di sekitar kawasan Sentul, Kuala Lumpur.  Saya dan adik lelaki – Naem akan hanya membantu mengiringi ayahanda ataupun ikut melapah daging di surau berhampiran kediaman kami di Sentul.

 

slide1

 

Seperkara yang menarik tentang ibadah Qurban di Malaysia, terutamanya di saat korban dilaksanakan ialah  segala jenis manusia termasuk yang jarang ke surau dan masjid akan turut datang menyaksikannya.  Saya fikir ini adalah diantara saat terbaik untuk mengajak mereka mengimarahkan masjid. Kebanyakkan masjid dan surau akan menggunakan PA System untuk memaklumkan kepada hadirin tentang nombor lembu dan para pengorbannya, diselang seli dengan takbir dan sedikit sebanyak celoteh oleh sang MC nya.  Mungkin boleh juga difikirkan dilain masa untuk diadakan sesi tazkirah santai tentang ibadah Qurban – menekankan tentang falsafah qurban, sejarah Qurban Nabi Ibrahim, sejarah Qurban Habil dan Qabil, syarat-syarat haiwan Qurban- ciri-ciri dan jenisnya.  Ini bakal menjadikan Qurban satu “event” yang cukup menarik dan ada nilai ilmu dan pengetahuan.

 

slide2

 

Seseparuh surau dan masjid mempunyai jawatankuasa yang tersusun untuk mengendalikan majlis qurban dan ada yang sedikit kelam kabut – tapi bila dah lama nanti mesti “perfect” juga jadinya.  Ibadah Qurban adalah peluang terbaik untuk menarik orang muda terutamanya golongan remaja untuk terlibat serta.  Caranya mudah sahaja.  Buat satu jawatankuasa dan masukkan adik-adik ini sebagai ahli jawatankuasa.  Senang sahaja.  Adakan jawatankuasa kebersihan, jawatankuasa kudapan dan minuman, jawatankuasa keselamatan, jawatankuasa pengagihan, jawatankuasa lain yang difikirkan perlu. 

 

Jawatankuasa kebersihan bertugas menjaga kebersihan kawasan surau dan masjid, terutamanya najis haiwan qurban, kawasan penyembelihan, kebersihan ketika makan dan minum petugas-petugas qurban, mencuci pinggan mangkuk dan tandas serta pasca majlis qurban.

 

Jawatankuasa kudapan dan minuman pula tugasnya memastikan ada air minuman segar untuk petugas qurban disamping kuih muih dan juadah lain sentiasa ada diuruskan secara sistematik dan teratur.  Kalau perlu, mereka juga patut diajar untuk memasak sup tulang (tulang fresh) bagi petugas qurban untuk sesi makan tengahari nanti selepas zuhor nanti.

 

Jawatankuasa keselamatan – ni tugas berat.  Menjaga dan memastikan haiwan qurban tidak lari, dicuri dan dicederakan sepanjang malam sebelum hari qurban.  Disamping itu mereka juga bertanggungjawab untuk menjaga peralatan masjid dan surau sepanjang majlis berlangsung.  Kadang-kadang jalanraya jadi sesak jadi mereka turut bertugas untuk memastikan kelancaran lalulintas.

 

Jawatankuasa pengagihan – mereka bertanggungjawab untuk mengagihkan daging kepada penduduk setempat mengikut senarai yang diberikan oleh jawatankuasa.  Mungkin perlu diberikan sedikit duit minyak motor untuk mereka bergerak.  Buatkan satu tim, pastinya mereka akan komited dan membantu sedaya mungkin.

 

Jawatankuasa persiapan adalah satu jawatankuasa penting – semacam jawatankuasa induk – membuat segala checklist dan pemantauan pra majlis qurban.  Sediakan senarai nama para pengqurban dan petugas – mungkin perlu disediakan tag bertugas (naik sedikit semangat orang muda).  Kalau ada bajet lebih – boleh diadakan satu sesi taklimat mengenai ibadah qurban dan kemudian pengagihan tugasan kepada mereka.  Kalau di Pakistan akan ada orang yang kerjanya mengasah pisau sahaja – mungkin kita perlukan juga tim mengasah parang, pisau dan kapak ini dalam pasukan qurban kita.

 

qurbani-tag

 

Golongan remaja harus diajar cara melapah daging yang betul – teknik menceraikan kulit dari daging – teknik memindahkan perut agar tidak pecah – cara memotong daging yang betul dan sebagainya.

 

Tukang sembelih juga jangan kedekut ilmu, mereka perlu mendidik kaedah dan konsep menyembelih yang betul agar setiap individu yang hadir memegang haiwan qurban ketika nak sembelih tu dapat ilmu sembelih dan teknik yang betul.  Saya teringat ketika menyembelih di Kashmir dulu, saya mohon lembu tu menghadap qiblat tapi orangramai kata tak perlu sebab Allah dah tahu niat hati kita, saya berkeras dan kata kita kena buat mengikut adabnya.   Jadinya kita kena didik masyarakat dan gunakan konsep membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa.

 

slide3

 

Banyak perkara yang kita boleh pupuk pada remaja kita melalui ibadah qurban.  Antaranya tentang ilmu haiwan – mengenalpasti haiwan qurban – bakanya – jenisnya.  Kalau lembu ada banyak baka – baka Brahmin, baka KK, kalau kambing ada kambing Kachang, Boer, Alpine, Jamnapari.  Ada Unta juga.  Yang ini saya tak arif dan tak pernah sembelih.  Ini mendorong dan mendidik anak muda untuk memahami kehidupan agro.

 

slide4

 

Ibadah Qurban juga boleh mendedahkan anak remaja kepada jenis-jenis alat yang bakal digunakan dalam ibadah tersebut – seperti pisau hiris, parang, pisau sembelih, kapak, separuh tempat ada guna gergaji dan ada juga yang pakai mesin.  Pisau sembelih sebagai contoh amat sensitif tak boleh diguna untuk ketuk tulang dan potong kayu.  Matanya nanti lari dan tidak lancar ketika kita sembelih haiwan kelak.

 

slide5

 

Saya biasa tengok pelbagai kaedah penyembelihan – ada yang semacam menggergaji leher haiwan qurban, ada yang belum sahih lagi matinya dipatahkan terus tengkuk haiwan tu, ada juga yang potong sampai putus leher haiwan tu dan ada juga yang dah putus urat merihnya tapi sang haiwan boleh bangun dan berjalan lagi.  Kaedah ini penting untuk diajar agar remaja faham cara penyembelihan yang betul. 

 

Yang menarik lagi ialah bagaimana menguruskan daging, memisahkan kulit dengan daging, kalau kambing ada teknik mudah iaitu meniup kulit kambing hingga kembung.  Ada juga yang sodok guna tangan sahaja.  Memotong bahagian-bahagian daging, hati, limpa, hempedu, perut dan sebagainya.  Paling asyik ialah mencari daging dibahagian kepala haiwan – rumit betul.

 

slide6

 

slide7

 

Oklah, cukup setakat ini.  Mungkin ada orang lain boleh tambah dan perbaiki ide saya ini.  Mungkin juga ada yang nak kritik – silakan takde masalah.  Qurban memerlukan pengurbanan yang tinggi.  Saya harap kurang lah sikit kedengaran suara MC yang sebegini “…diminta adik-adik dan budak-budak semua ketepi – orang nak buat kerja.  Jangan sibuk – pergi tempat lain – jangan kacau – jangan rapat sangat..” dan sebagainya..

 

Selamat Berqurban dan Qurban Kepada Yang Memerlukan.

 

Shahrul Peshawar

Jalan Langgar, Alor Setar

3 Comments leave one →
  1. December 16, 2008 8:14 am

    Salam bro!
    Tahniah atas pelaksanaan Qurban 1429 H…Touching giler…err, kude takde ke?hehe, lupe, kude hanya ada di penang.

    Bila nak mai penang? Lama tak dengar koleksi perjuangan anta. Mai la jika free. Ana belanja sate mengkuang naa.

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 16, 2008 9:00 am

      W-salam
      Terima kasih singgah. Mana lak orang buat qurban kuda? Mongolia yang banyak kuda pun orang tak buat.
      Dalam tempoh terdekat akan turun Penang, jangan risau.

Trackbacks

  1. QURBAN 1429 - Bantuan Kepada Yang Memerlukan « Dunia Kemanusiaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: