Skip to content

Anggur

June 28, 2008

Anggur

Anggur

Mak tanam anggur dekat dengan buaian. Anggur ialah pokok empat musim, ada masa dia akan berehat dan kelihatan togel dari sebarang daun, tiada langsung pergerakan hijau pada pokok pada sebahagian masa.

Anggur sebenarnya satu tumbuhan yang cukup bermanfaat. Di negara yang beriklim sederhana, kebiasaannya pokok anggur akan ditanam berdekatan wakaf atau pondok kayu – ala-ala pangkin. Dimusim bunga dan musim panas – bumbung pangkin ini akan diliputi dengan dedaun anggur dan buah-buah anggur yang bergantungan. Burung-burung nakal akan turut hinggap dan singgah di pangkin ini untuk mengambil sedikit nikmat daripada rezeki yang ALlah berikan.

Di musim sejuk dan luruh pula, pokok anggur akan togel dan gondol sahaja rupanya. Kalau orang tak tahu pasal kitaran hidup pokok nie pastinya batang itu akan dicantas dan dibuat kayu api. Batangnya malah akan mengelupas semacam kayu buruk yang lain, ini menjadikannya tidurnya itu seolah-olah kematian kepada mereka yang tidak mengenalinya.

Anggur adalah nikmat ALLah. Kita boleh jadikan kismis dari anggur – malah boleh juga dibuat jus dan jem, yang lebih advance, ianya dijadikan wain dan arak. Manusia bebas menggunakannya mengikut daya kreativiti masing-masing.

Anggur ada banyak jenis – ada yang besar, ada yang lonjong, ada yang kecil – ada yang hitam, yang hijau, yang ungu dan yang biru. Ada yang manis dan ada yang masam. Ada yang berbiji dan tidak berbiji. Menjadikan anggur satu pokok yang cukup pelbagai dan kompleks.

Seringkali dalam filim purbakala, pembesar dan pemerintah kelihatan mendongak ketika memakan anggur yang masih dalam gugusannya.

Nikmatilah anggur dengan sebaiknya.

Shahrose

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: