Skip to content

BALIK KAMPUNG lagi

June 14, 2008

Lama gak tak balik kampung.

Dari Raya tahun lepas sampai hari nie.  Dekat 8 bulan gak.  Nasib baik mak dan abah ada gak turun KL jadinya agak terubatlah rindu kepada cucu.

Sebetulnya ada kerja pejabat di Kuantan yang perlu diuruskan, keputusan untuk aku pergi pun pada saat-saat akhir gak – jadi agak kelam kabut dengan duit pun tak berapa ada, tapi dengan izin ALlah – pejam mata aje – maka dapatlah aku dan keluarga balik.

Rosemah dan anak-anak cukup gembira.  Ahmad berulang kali tanya “abi serius ke nak balik kampung” ceh… cam bincangkan soal minyak gaya dia bercakap… Mashitah cam biasalah naik je kereta sampailah pagi besoknya kat kampung – dia tidur tak sedarkan diri…  Qaisarah pulak dia sekejap tidur sekejap jaga.. on and off.  Kami bertolak jam 11 malam selepas aku amibk kereta dari umah mak.  Abah kata tayar belakang dah botak jadi jangan bawak cam F1 pulak dan hati-hati sebab balik malam dengan anak beranak – so akupun peluk dan cium tangan kedua ibubapa aku minta izin dan restu.

Perjalanan malam ok, takde halangan kecuali agak sunyi dan gelap itu aje.. yang tak tahannya ialah rasa mengantuk – aku punya mengantuk heavy betul sehinggakan aku terfikir satu hari nanti aku mungkin kemalangan kalau tak jaga betul-betul.

Bila balik kampung, kegemaran aku ialah menjaring ikan – kadang-kadang memancing – tapi selalunya menjaring, dapat banyak ikan daripada memancing.  Tapi aku tak menjaring kat laut – tak berani lah – ombaknya besar dan kuat… sekadar menjaring di kuala je..

Shahrose, Kg. Baru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: