Skip to content

TANPA ELEKTRIK

April 3, 2008
Aleya Mashitah diatas trek senaman kaki
Ahmad Shahruzaman Siddiq menikmati pembasah tekak

Anak-anak di “Meja Hujung Minggu” kami di Taman Permainan

Hujan lebat dan ribut petir yang melanda tanahair mengakibatkan kejadian banjir kilat, tanah runtuh, pokok terbang, bumbung melayang dan terputusnya bekalan elektrik di beberapa bahagian di seluruh Malaysia, termasuk Kuala Lumpur. Terowong SMART entah berapa kali lah pulak kena tutup.

Rumah kami terpaksa bergelap selama tiga hari bermula dari 1hb April 2008. Kesian kepada isteri dan anak-anak saya yang terpaksa melalui “latihan paksa” yang amat menyiksa mereka – gelap – tanpa kipas – nyamuk. Alhamdulillah, nampaknya mereka dapat melalui ujian ini dengan jayanya – cuma kena berhati-hati sebab di malam hari kami menggunakan lilin dan mancis.
Kami kerugian sedikit dalam perniagaan terutamanya frozen food dan aiskrim, tapi apapun ianya merupakan sebahagian daripada cabaran perniagaan yang perlu dihadapi.
Apapun, kami bersyukur kerana tanpa elektrik kami masih mempunyai bumbung untuk berlindung dibandingkan orang lain yang lebih teruk dilanda taufan dan banjir. Syukur kepada Mu Ya ALlah.

Shahrul Peshawar
Kg. Baru 030408

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: