1601 Selamat Harijadi buat isteri dan anakku
16 Januari adalah tarikh yang cukup besar dalam diari keluarga Shahrose. Hari ini ialah hari kelahiran isteriku, Rosemah Roseli dan juga hari kelahiran anak bongsu kami yang comel dan solehah – Aleya Qaisarah.
Abi ucapkan Selamat Hari Lahir, ingat… setiap yang hidup pasti akan mati, bersedialah kita kearah itu kerana Rasulullah mengatakan orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.
Kepada Umi, walaupun berjauhan, Umi tetap dihati Abi selalu. Kepada Qaisarah, Abi sentiasa sayangkan Qaisarah. Begitu juga buat Ahmad dan Mashitah… jangan selalu nak sakat Qaisarah tu.
Gambar diatas tu terpaksa ambil tahun 2008 punya sebab hari tu format laptop jadi semua gambar dipindahkan ke external hardisk, tak sempat nak install balik.
SELAMAT HARI LAHIR 2011
Abi di Kuala Lumpur
