Skip to content

Pantun-pantun sempena Walimatul Urus NAZIFAH ANUAR dan FAIRUS ALI

August 18, 2009

Majlis:- Walimatul Urus Nadzifah Anuar Tahir dan Fairus Ali

Tarikh:- 9hb Ogos 2009

Lokasi:- Dewan Serbaguna SIRIM, Shah Alam

Saya jadi MC hari tu bersama Sdri. Haslina Othman, berikut ialah pantun-pantun yang diguna pakai:-

PANTUN MEMBUKA MAJLIS

Buah pauh mari di kerat

Alamat petang boleh dimakan

Pada yang jauh dan juga dekat

Selamat datang kami ucapkan

Pijat mati disarang kerengga

Anak Murai saja berlari

Hajat hati sekelian keluarga

Hendak mera’i raja sehari

Gadis malu bersopan santun

Pakai selendang sudah sebati

Majlis Melayu bersulam pantun

Pantun bersendal akal dan budi

Pakai selendang sudah sebati

Cempaka mekar kembang ditaman

Pantun bersendal akal dan budi

Pusaka tatang zaman berzaman

Bunga kecubung warna ungu

Ditatah berlian batu bermutu

Adat Melayu menyambut tetamu

Hamparkan tikar lebarkan pintu

(dipetik dari buku Pantun Melayu Bingkisan Permata, Yayasan Karyawan 2001)

Berbuah lebat pohon mempelam

Rasanya manis dimakan sedap

Bersebarlah adat seluruh alam

Adat pusaka berpedoman kitab

(dipetik dari buku Pantun Melayu Bingkisan Permata, Yayasan Karyawan 2001)

PANTUN UCAP Selamat Datang

Asal dari Bukit Siguntang

Kisah hikayat tidak terperi

Kami mengucap selamat datang

Hadir tuan menambah seri

PANTUN SEBELUM KAHWIN

Kutip lokan di Senggarang

Batu karang didepan gua

Dulu makan seorang

Sekarang makan berdua

Akar tunjang ditanah gambut

Buah mangga diatas meja

Masa bujang hidup serabut

Berumahtangga moga bahagia

PANTUN DOA

Teratak tua dipohon duku

Pagar berjenis dari Sikamat

Merafak doa memohon restu

Agar majlis berkat selamat

Pagar berjenis dari Sikamat

Kayu Meranti disediakan

Agar majlis berkat selamat

Dr. Muhammad Nur Manuty dipersilakan

PANTUN LELAKI

Kalau kedidi, kedidi juga

Naiklah rumput tak pernah lari

Kalau lelaki, lelaki juga

Pijak semut tak pernah mati

Kalau tidak kerana bulan

Tidak pungguk duduk menanti

Kalau tidak kerana tuan

Tidak saya datang kemari

(Pantun Melayu Lama – ingatan sendiri)

PANTUN USIK ANAK MUDA

Dari mana punai melayang?

Dari pagar turun ke padi

Dari mana datangnya sayang?

Dari mata turun ke hati

(Pantun Melayu Lama – ingatan sendiri)

Baik-baik menunggang unta

Nanti salah jatuh terlentang

Baik-baik bermain cinta

Mandi tak basah Makan tak kenyang

Hisap rokok tembakau cina

Keluar asap berbunga-bunga

Wahai cik adik saya bertanya

Cincin dijari siapa yang punya

(Pantun Melayu Lama – Ingatan sendiri – diberikan oleh Atuk Rahillah – jiran sebelah rumah)

Keluar asap berbunga-bunga

Itu petanda nak pendek usia

Cincin dijari memang ada yang punya

Tapi biarlah dulu jadi rahsia

PANTUN ORANG TUA BERCINTA

Pucuk pauh delima batu

Anak semilang ditapak tangan

Sungguh jauh dinegeri Satu

Hilang dimata di hati jangan

(Pantun Melayu Lama – Ingatan Sendiri)

Kudup seroja beria-ia

Hendak keluar tak nak sekerat

Hidup kekal bahagia ceria

Dari dunia sampai akhirat

Tanak nasi di lorong hulu

Tanak bubur rumah juragan

Hendak mati di hujung kuku

Hendak berkubur ditapak tangan

(Dua rangkap pertama dicipta sendiri, dua rangkap terakhir mengikut Pantun Melayu Lama)

PANTUN MEMINANG

Dari pauh baiklah asam

Buah betik masak dilaman

Dari jauh membawa azam

Ingin memetik bunga ditaman

Buah betik masak dilaman

Awas tumbang menimpa nenas

Hajat memetik bunga ditaman

Apakah kumbang bersayap emas

Bukan tak tahu malam Jumaat

Sengaja kumandi di air terjun

Bukan tak tahu kumbang penyengat

Sengaja kuminta bunga di kebun

(dipetik dari buku Pantun Melayu Bingkisan Permata, Yayasan Karyawan 2001)

PANTUN KECEWA

Anak punai anak merbah

Sambil terbang membawa sarang

Anak sungai lagi berubah

Inikan pula hati orang

(dipetik dari buku Pantun Melayu Bingkisan Permata, Yayasan Karyawan 2001)

PANTUN MEMILIH PASANGAN

Asam kandis mari dihiris

Manis sekali rasa isinya

Dilihat manis dipandang manis

Lebih manis hati budinya

(dipetik dari buku Pantun Melayu Bingkisan Permata, Yayasan Karyawan 2001)

PANTUN MAKAN BERADAP

Lebah menari selepas kerja

Tarian adat sudah ditetap

Menambah seri hari bahagia

Makan beradap jadi pelengkap

USIK MENGUSIK SUAMI ISTERI

Madu lebah dari Peringgit

Amalkan makan jadi bistari

Sedangkan lidah lagi tergigit

Inikan pula suami isteri

PANTUN BERGAMBAR

Helang menyambar serigala gusar

Melihat kelibat si halimunan

Sesi bergambar keluarga besar

Jadi kenangan sepanjang zaman

IKLAN SOLAT ZUHOR

Asam paya Asam gelugor

Ikan kurau masak cendawan

Jangan lupa sembahyang zuhor

Surau tersedia dibelakang dewan

Asam paya  garam kasar

Ikan keli masak cendawan

Jangan lupa sembahyang asar

Surau ada dibelakang dewan

PANTUN NASIHAT

Berdua mencari renda

Dapat satu di Inderagiri

Doa dari ayahanda bonda

Agar Masjid kekal berdiri

Dapat satu di Inderagiri

Sukun dan Rambai menjadi bekal

Agar Masjid kekal berdiri

Rukun dan Damai harus dikekal

Sukun dan Rambai menjadi bekal

Diikat juga guna belacu

Rukun dan Damai harus dikekal

Berkat bahagia ke anak cucu

Diikat juga guna belacu

Biar cermat jangan yang berat

Berkat bahagia ke anak cucu

Baru selamat dunia akhirat

PANTUN SILAT

Belibis merah dari Singgora

Datang kilat terpa menerjah

Tepis berhelah hunus berkira

Pencak Silat membuka langkah

PANTUN CAKLEMPONG

Asal beluncas jadi kepompong

Tempias gerimis membasah bumi

Bersama kami kumpulan Caklempong

Menghias majlis menambah seri

PANTUN KOMPANG

Dari Kalumpang cari semalu

Berhenti jengah budak bermain

Pukul kompang main melalu

Mesti meriah majlis kahwin

UCAPAN BAPA PENGANTIN

Bukit Kayu Hitam tempat kuarantin

Bertanam jagung di Bukit Tangga

Jemput naik bapa pengantin

Memberi ucap pembuka bicara

SELAMAT JALAN

Semangat siapa diharapkan

Ubi hutan tak jumpa-jumpa

Selamat jalan kami ucapkan

Budi tuan kami tak lupa

PANTUN PENUTUP

Getah sekerap di Bukit Tambun

Jangan sampan tambat dititi

Salah dan silap harap diampun

Jangan disimpan semat dihati

Mana-mana pantun yang tak disebut asal gerangannya tu semuannya akulah yang cipta dan didedikasikan pada anak-anak aku semuannya.   Sesapa nak petik pantun-pantun nie dipersilakan, cuma bagitahulah nak guna kat mana… Hakcipta tak terpelihara.

Pada Haji Anuar Tahir, bapa pengantin perempuan yang memberikan aku peluang jadi MC hari tu juga diucapkan tahniah diatas penerimaan menantu dan terimakasih kerana percayakan aku.  Tak lupa juga pada Haslina – co-mc hari tu yang juga menyelitkan pantun-pantun bermutu (nanti aku dapatkan pantun-pantun nie).

Tapi yang tak boleh tahan, masa malam rehearsel – Pak Wan Khazim, Chuping Perlis – beli pantun aku sebuah dan jual balik tiga buah sampai hari nie tak berbalas-balas lagi… maaf ye Pak Wan.

Shahrul Peshawar

67 Comments leave one →
  1. muhammad ashsubli permalink
    February 12, 2010 2:04 pm

    oke banget…

  2. May 15, 2010 7:00 am

    Assalamualaikum..akak suka baca pantun ni..akak nak gunakan didalam majlis perkahwinan anak buah pada 29 Mei 2010 nanti boleh?..harap yang empunya badan izinkan…

    • shahrulpeshawar permalink*
      June 15, 2010 11:03 am

      Boleh kak, tapi maaf le saya reply lambat

      • April 29, 2011 7:25 pm

        ad pantun tentang persahabatan gx ????????

      • shahrulpeshawar permalink*
        May 2, 2011 4:22 am

        nanti saya masukkan

  3. anak mak siti permalink
    November 4, 2010 10:38 pm

    minta izin share..ada pantun yg sesuai utk reunion kami,tq

    • shahrulpeshawar permalink*
      May 2, 2011 4:23 am

      silakan anak mak siti

  4. syahiirah j. permalink
    April 30, 2011 10:02 pm

    thank u!!! esok aku mc majlis kawin cikgu aku, partner ngan sorang badigol. aku plak kene carik pantun!

    • shahrulpeshawar permalink*
      May 2, 2011 4:24 am

      sapa badigol tu

  5. December 21, 2011 9:12 pm

    Assalamualaikum… indah sungguh pantun-pantun kat sini..
    majlis perkahwinan saya bakal berlangsung sabtu ini..
    mohon izin menggunakan pantun-pantun terpilih..

    Terima kasih banyak-banyak…

    🙂

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 22, 2011 3:08 pm

      Semoga berbahagia ke anak cucu, silakan…

  6. Uddin.. =) permalink
    December 29, 2011 1:20 am

    Bang, Saya guna sikit ya pantun abang untuk guestbook saya., terimah kaseh.. =)).

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 29, 2011 3:48 am

      kira adik beradik je… takde masalah…

  7. Hamz56 permalink
    January 16, 2012 10:51 am

    saya pun suka sangat dengan semua pantun di dalam ini.kalau bisa akan dapat di perbanyakkan lagi.dan minta izin untok mengunakan nya.

  8. putra sb permalink
    February 14, 2012 2:23 pm

    sy dj nk mintak guna pantun nie mase sy di rumah org kahwin….
    harap boleh di gunakn nanti…..

    • shahrulpeshawar permalink*
      February 14, 2012 2:25 pm

      SILAKAN, tiada masalah

  9. mdmie permalink
    May 14, 2012 3:44 pm

    Assalamualaikum…boleh tahan gak pantun2 ni…sy nak gune time kenduri kahwin abg sayalah…mintak izin ye…Terima Kasih.

  10. deejay mega sp permalink
    May 24, 2012 10:08 am

    salam….nak gunapakai pantun2 ni…bagus2 belaka…masa kenduri kahwin aje..tahniah sharul.

    • shahrulpeshawar permalink*
      May 25, 2012 11:14 am

      takpe takde masalah

  11. ain permalink
    May 25, 2012 9:30 pm

    salam bang
    izinkan sy memetik pantun2 abg yg menarik utk majlis pekahwinan cikgu sy ye ahad ni.. terime kasih.. ain,jerantut pahang

  12. shila permalink
    June 3, 2012 10:14 pm

    saya berminat dengan beberapa pantun di sini….harap dapat keizinan. terima kasih.

    • shahrulpeshawar permalink*
      June 4, 2012 2:04 pm

      gunakanlah, tak de masalah

  13. June 6, 2012 11:41 am

    terbaekkk bro…izinkan sy copy pantun ni…berkonti dj dari utara tanah air…tq

  14. berita gembira permalink
    August 23, 2012 4:29 pm

    Assalamualikum.. Minta izin ye ana nk copy pantun anta.. Nk gune pd Majlis Perkahwinan kakak ana..

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:32 pm

      Gunakanlah Sdr/Sdri Berita Gembira…

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:50 pm

      tak de masalah

  15. shafiq permalink
    September 22, 2012 4:19 pm

    salam nak guna satu pantun untuk potret kawin ya bro…

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:31 pm

      No problem boss

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:50 pm

      sila sila

  16. Azam permalink
    October 12, 2012 3:19 pm

    Salam.. Saya juga ingin meminta izin menggunakan pantun ini untuk majlis adik saya.. Terima kasih!!

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:31 pm

      Dipersilakan Sdr. Azam

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:49 pm

      silakan

  17. afizul permalink
    October 19, 2012 7:34 pm

    Assalamualaikom warahmatullah….mohon izin untuk guna pantun saudara di majlis sepupu nnt…terima kasih .

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:31 pm

      Gunakanlah sdr. Afizul…

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:49 pm

      diizinkan

  18. Liza permalink
    November 2, 2012 10:06 am

    Salam…mohon copy pantun juga…nak guna pada majlis sepupu…terima kasih banyak-banyak…

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:30 pm

      Dipersilakan Cik Liza

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:48 pm

      gunakanlah, sama-sama

  19. jefri permalink
    November 10, 2012 10:49 am

    Assalamualaikum Tuan, Terima Kasih kerana sudi berkongsi..mohon izin menggunakan pantun tuan utk majlis adik saya pd 24 nov. ini…Syabas

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:30 pm

      apalah sangat pantun-pantun saya nie, kalau boleh membantu, gunakan lah…

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:47 pm

      dipersilakan

  20. bandar tasik puteri permalink
    November 19, 2012 12:05 pm

    Tuan,
    Saya mohon nak guna pantun dalam majlis kahwin anak buah saya pada 25 Nov di Kepong. Boleh ke?

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:29 pm

      guna saja, dipersilakan..

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:46 pm

      ok, dipersilakan

  21. December 4, 2012 2:15 pm

    saya minta guna ya pantun-pantu semua?

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:29 pm

      Dipersilakan, takde halangan

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:46 pm

      dipersilakan..

  22. bad permalink
    December 15, 2012 3:15 am

    SAlam Tuan…minta izin guna pantun ante masa kenduri kahwin adik perempuan ana ya…. semoga tuan diberkati Allah sekeluarga… Ameen
    Mohd Badri, Kuala Lumpur

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:28 pm

      Silakan, semoga perkahwinan adik perempuan anta diberkati ALlah…

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:45 pm

      ok, boss

  23. syazwan muhsin negara permalink
    December 15, 2012 11:16 am

    nak pinjam ye pantun ni utk wedding

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:28 pm

      Silakan-silakan… takde masalah..

    • shahrulpeshawar permalink*
      December 19, 2012 10:45 pm

      Ok, no problem

  24. misnah othman permalink
    May 23, 2013 10:51 am

    suka pantun tu saya x pandai berpantun nak guna beberapa petikan pantun dlm majlis perkahwinan nnti boleh ye hiii..tq

  25. dila permalink
    June 5, 2013 10:32 pm

    salam,boleh saya amik pantun nak guna masa jd mc kenduri kawen adik saya?

    • shahrulpeshawar permalink*
      August 30, 2013 9:49 pm

      boleh silakan..

  26. m.shahmera permalink
    August 16, 2013 4:54 pm

    Salam…. sy mohon izin menggunakan sebahgian dari pantun tuan untuk majlis perkahwinan ankda sahabat sy… beliau minta tlg sy jd DJ bidan terjun disaat akhir… harap tuan izinkan.. T.Kasih.

    • shahrulpeshawar permalink*
      August 30, 2013 9:49 pm

      boleh, no problem… DJ pun ada jadi bidan gak..

  27. August 30, 2013 3:22 am

    Terima kasih tuan rumah kerana berkongsi pantun yang indah dan bermutu.
    Saya mohon untuk gunakan dalam kad perkahwinan sy bulan oktober 2013 ini,

    • shahrulpeshawar permalink*
      August 30, 2013 9:50 pm

      kenapa tidak? silakan…

      • shahrulpeshawar permalink*
        September 18, 2013 8:41 pm

        Silakan

  28. September 13, 2013 12:10 am

    Indah nan beradat pantun tuan, kalau tak keberatan pohon izin di share ke majlis anak saudara nanti, terima kasih… kekalkan pantun melayu nan berseni indah ini.

    • shahrulpeshawar permalink*
      September 18, 2013 8:43 pm

      Ok silakan

  29. Arn Azwan permalink
    September 18, 2013 7:52 pm

    as salam tuan punya blog, nak guna 5 kerat je boleh kan..? terimakasih..:)

Leave a reply to shahrulpeshawar Cancel reply