Pengembaraan Bermula: Nasir Ayu & The Geng

2009 May 4
by shahrulpeshawar

Lepas Mak, Abah, Meen dan Naem balik, rumah rasa sunyi sangat.  Anak-anak semua diam, tak bercakap.  Sedih dan hiba.  Terutamanya Ahmad, demamnya datang semula.  Mashitah & Qaisarah hilangkan perasaan tersebut dengan menonton kartun.

Tiba-tiba telefon berlagu – tengok nombor yang keluar – macam pernah save, tapi nombor siapa ye? (Telefon lama dulu hilang – jadi ada puluhan nombor yang hilang bersama).  Aku pun jawab… hmmmm Nasir TV3 dan Ayu Togey Goreng rupanya.  Mereka berlima nak singgah.

Mereka dalam perjalanan ke Alor Setar – sekarang ada di Yan, selepas berputar-putar mencari jalan keluar dari rumah Chegu Azmi (TERAS).   Dipendekkan cerita yang panjang, sampailah juga mereka ke rumah kami.  Kami ajaklah jugak kalau-kalau nak bermalam di pondok usang kami (manalah tahu kot-kot Bersamamu boleh taja satu dua hamper ke)  tapi mereka berdegil nak ke Padang Besar jugak malam tu… so terpaksalah jugak kami lepaskan mereka.

100_4067

Pandan boleh ditemui bukan sahaja di Kampung Pandan

100_4072

Nasir baru nak cari Road Tax

100_4075

terima kasih sudi singgah di teratak kami

 

 

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS