Skip to content

Selamat Hari Jadi untuk Rosemah dan Qaisarah

January 17, 2012

Selamat Hari Jadi… semoga umur yang masih diberikan ALlah ini dipenuhi dengan keberkatan dan sentiasa didalam rahmat dan lindunganNya.

Tahun lepas kita semua berjauhan, tapi tahun nie Alhamdulillah, kita kembali semua berkumpul. Alor Setar tetap tersemat dihati.

Shahrul Peshawar

Ulang Tahun ke 8

January 19, 2011

19hb Januari

Inilah tarikh perkahwinan kami.  Dah lapan tahun kami melayari kehidupan bersama.  Susah dan senang kami harungi bersama.

Tahun ni kami tak celebrate besday Rosemah dan Qaisarah bersama, termasuklah anniversary ni yang terpaksa ditunda tarikhnya… anyway, terima kasih kerana menjadi isteri saya selama 8 tahun, abang sangat menghargainya.

Shahrul Peshawar, Sentul

1601 Selamat Harijadi buat isteri dan anakku

January 16, 2011

16 Januari adalah tarikh yang cukup besar dalam diari keluarga Shahrose.  Hari ini ialah hari kelahiran isteriku, Rosemah Roseli dan juga hari kelahiran anak bongsu kami yang comel dan solehah – Aleya Qaisarah.

Abi ucapkan Selamat Hari Lahir, ingat… setiap yang hidup pasti akan mati, bersedialah kita kearah itu kerana Rasulullah mengatakan orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.

Kepada Umi, walaupun berjauhan, Umi tetap dihati Abi selalu.  Kepada Qaisarah, Abi sentiasa sayangkan Qaisarah.   Begitu juga buat Ahmad dan Mashitah… jangan selalu nak sakat Qaisarah tu.

Gambar diatas tu terpaksa ambil tahun 2008 punya sebab hari tu format laptop jadi semua gambar dipindahkan ke external hardisk, tak sempat nak install balik.

SELAMAT HARI LAHIR 2011

Abi di Kuala Lumpur

Walimah adik Zaihan Mahmud di Kaki Bukit

May 15, 2010

Kali ini, aku membawa keluarga aku menghadiri walimah adik Zaihan Mahmud di Kaki Bukit, Perlis.  Zaihan, teman lama semasa belajar di ITM dulu, kemudiannya kami ditemukan dalam satu usrah dan sekarang Zaihan diamanahkan sebagai YDP ABIM Wilayah.

Menu dalam majlis Walimah ni menarik dan simple, biasalah – stail Perlis.

keluarga datang melawat lagi 1 Mei 2010

May 3, 2010

tahun lepas (2009) mak dan abah dengan naem dan min datang pada 1hb Mei.  Gambar atas, long tengah sibuk baca buku Dr. Tuah.

Ahmad kecewa selepas mendapat tahu long dan mukmin akan pulang malam tu juga…

Tahun nie long pulak datang dengan Mukmin dan beberapa teman yang lain.  Mereka dalam perjalanan menziarahi makam tuan guru Wan Ahmad Saghir di Gajah Mati.  Aku kenal gak dengan tuan guru, aku masih ingat tuan guru tanya berkenaan Mullah Umar dan Osama… aku bukan pernah jumpa pun… tapi tuan guru ada menyebut… “ana percaya mereka ni ada karamah”… wallahualam.

Malangnya, kereta aku rosak dalam perjalanan, tapi perjalanan tetap diteruskan…

ke USM Pulau Pinang

March 8, 2010

Aku ada urusan kerja di USM, aku kena memberikan maklumat tentang syarikat dan akitiviti kepada para pelajar yang nak tamat pengajian.

Kesempatan ni digunakan untuk bawa anak-anak dan Rosemah ke Pulau Pinang.  Seronok gak dapat berjalan lagi.  Malangnya ketika tiba di Pusat Islam, Mashitah telah terjatuh, lantai licin… tersembam, berdarah mulutnya dan bibir bawah sedikit luka.  Kesian dia… tapi mujurlah dia nie positif… sekejap je lepas tu dia ligat semula.

Kami pergi naik jambatan tetapi pulang ikut feri, pengalaman yang menarik dan menyeronokkan.

Shahrose

Pertandingan Melukis Sempena Maulidur Rasul anjuran Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar

February 28, 2010

Anak-anak aku tak pernah lagi masuk mana-mana pertandingan melukis, kali nie, aku dan Rosemah bercadang untuk memberikan mereka pendedahan menyertai pertandingan melukis, manalah tahu, ada rezeki – bakat melukis (dibaca sebagai menconteng) dinding boleh menjadi manfaat di kemudian hari…  Kebetulan, Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar yang dekat jalan keretapi tu ada Karnival Maulidur Rasul dan pertandingan melukis sebagai salah satu acaranya.

Apapun kami enjoy dengan penyertaan ini walaupun kesemua anak-anak aku hanya dapat saguhati je… paling tidak dapat aku kenalkan anak-anak pada Masjid dan kami sekeluarga bertambah mesra.

Shahrul Peshawar

Ahmad Nazirul Mukmin ke Sungai Bakap

January 4, 2010

Anak sulung abang saya akan memulakan persekolahan Tingkatan Satu-nya di Sekolah Agama Rakyat Sg. Bakap.  Minggu depan Insya-Allah dia akan mula belajar… dekat sikit dengan kami di Alor Setar dibandingkan dengan keluarga lain semua ada di Kuala Lumpur.

Semoga Mukmin dapat menumpukan pelajarannya dengan baik… baru sekarang Abang Ngah (Nashriq – adik Mukmin) akan rasa rindu pada Abang Longnya nanti… selalu asyik gaduh je.

Yang aku kenal kat Sg. Bakap nie sorang je – YB Makhtar je.

Shahrose

Ahmad & Mashitah kembali ke Sekolah

January 4, 2010

Di Kedah, seperti negeri-negeri lain yang beroperasi pada hari Ahad, sesi persekolahan bermula 3hb Januari 2010.

Ahmad akan meneruskan pelajaran Darjah Satunya di Sek Keb Cina Kee Chee, Jalan Langgar, Alor Setar.  Ahmad tidak ada “basic” bahasa Cina, namun saya optimis dia akan berjaya belajar di situ sekiranya dia mengekalkan sikap positifnya terhadap pelajaran.

Mashitah akan terus belajar di PASTI Taman Nuri, cuma bangunan kelas saja yang bertukar dari deret rumah belakang ke bangunan utama sekolah.

Hari pertama persekolahan, Mashitah agak sedih kerana dia menyangka bahawa dia juga akan ke sekolah Cina.  Penat jugalah kami nak menerangkan duduk perkara yang sebenar.

Qaisarah pula cam biasa, duduk bersama Umminya di rumah, belajar pelajaran Adab, Akhlaq dan TataSusila daripada Umminya.

Shahrul Peshawar

Walimah adik bongsu – Mohd Syaifuddin Naem dan pasangan

December 13, 2009

Akhirnya adik bongsu aku selamat juga dinikahkan dengan gadis pilihannya, Yan (nickname) nama betul biarlah rahsia dulu….

Semoga bahagia hingga ke anak cucu.

Shahrul

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.